
Salam.....
Piala Malaysia Musim 2009 telah memulakan saingan pada 26 september lalu.Sepertimana yg kita dapat lihat,banyak keputusan yg mengejutkan telah berlaku dalam saingan 2 perlawanan awal yg bru berlangsung.
Antaranya adalah keupayaan pasukan bawahan dalam liga seperti Pahang,ATM dan PDRM memberikan saingan kepada pasukan yg berada setahap tinggi dari mereka...Namun yg paling mengejutkan bagi awal saingan ini adalah kemampuan pasukan kesayangan saya,Kedah Darul Aman...
Setelah mencatatkan keputusan seri dgn ATM dan tewas pada Kelantan selasa lepas,Kedah berada di tangga terbawah kumpulan E.Lantas menimbulkan persoalan kpd peminat dan pengkritik pasukan Kedah,apakah Kedah sudah tidak lagi sekuat dulu atau Kedah hanya kuat dengan khidmat import seperti 2 musim lepas....inilah yg terpacul dari mulut2 peminat musim ini....berderet2 peluang dalam perlawanan menentang ATM dipersiakan oleh barisan serangan...ini lantas membuatkan semakin ramai mengkritik secara keras kepada pemain2 dan barisan kejurulatihan..
Inilah yg dikatakan sebagai resam hidup manusia...hanya kerana satu kesalahan kecil,segala kebaikan selama ini trus dilupakan...Bagi diri Zul,kita seharusnya lebih realistik dengan keadaan skuad yg sedia ada,ditambah dengan pelbagai masalah dalaman yg berlaku dalam pasukan..
Seperti kita tahu pasukan kita ni telah kehilangan 3 "key-player" musim lepas yg membantu kejayaan berganda tiga piala akibat tindakan FAM.Dengan kehilangan pemain2 ini,pemain2 kita mudah hilang fokus dan kurang idea dalam merencanakan serangan.barisan serangan kita pula seringkali tidak mencapai keupayaan sebenar,sehingga coach terpaksa meletakkan Khyrill Muhymeen,seorg "pure winger" menjadi penyerang...dengan kehadiran Khyrill di serangan,Kedah dapat menutup sedikit kelemahan di bahagian serangan yg sering buntu depan gol...namun setelah beliau ditimpa kecederaan sewaktu menentang Kenya bersama U23 baru2 ini menyebabkan barisan serangan kembali tumpul..
Usaha coach dalam mendapatkan pemain pinjaman pula terbantut gara2 kelambatan pihak KFA menguruskan hal perpindahan,ini menyebabkan pasukan kita semakin kelam kabut dan terpaksa menghadapi Piala Malaysia dengan stok pemain sedia ada ditambah pula sebilangan pemain yg masih cedera....dan hasilnya terlihat dalam 2 perlawanan pembukaan Piala Malaysia ini....
Zul tidaklah mengetahui apakah punca kelewatan KFA mendapatkan pemain yg diminta,namun jika kita letakkan diri kita dalam diri jurulatih,tentu kita sendiri akan tertekan...dan mungkin akan mengambil masa utk memulihkan dan merencana strategi baru..di sinilah kita benar2 terasa kehilangan Arwah DAB yg sangat mesra pemain dan bertanggungjawab....
Bagi peminat yg datang ke stadium,Zul minta kita kawal emosi kita..kita perlu sedar,kita sekarang tidak lah segagah 2 musim lepas...Kedah sekarang diibaratkan seorang manusia yg telah patah kaki dan terpaksa ambil masa utk pulih....jadi janganlah memberi kata2 yg sedikit sebanyak merosakkan moral pemain dan jurulatih....jikalau anda rasa RUGI membayar RM7,RM12 dan RM15 kerana melihat pasukan yg main x elok dan kalah,saya rasa lebih baik anda SIMPAN duit anda dan tontonlah game yg lebih menarik di kedai mamak...kerana hanya inilah tahap bolasepak kita.....kalo kita mengatakan kepada pemain dan jurulatih itu BODOH kerana bermain x seperti yg anda harapkan,anda juga BODOH kerana menyaksikan permainan bolasepak yg diketahui sendiri xda nilai.."M LEAGUE IS NOT REAL FOOTBALL" kan??hehehe...
Bagi pemain2 dan jurulatih pasukan Kedah,harapan peminat setia bolasepak Kedah adalah anda perlu BANGKIT dalam perlawanan akan datang...BERJUANGLAH SEJIWA MURNI....pegang semangat lagu UNTUKMU PENYOKONG utk menarik kembali penonton datang ke stadium...Anda semua PROFESIONAL,jadi "play the role as profesional"dan cuba capai kemenangan di perlawanan akan datang....Sekiranya takdir menentukan anda tidak berjaya lebih jauh tahun ini,kami terima dengan hati terbuka dan usaha lebih kuat tahun depan...tetapi PANTANG MENYERAH SEBELUM BERAKHIR PERJUANGAN!!!!
Mulakan langkah baru esok,menentang jiran kita PULAU PINANG."Play Simple and Smooth"
PULUN KEDAH PULUN!!!!